Wednesday 15 May 2013

Falsafah Murni disebalik Silat

Teringat kembali kenangan sewaktu pengajian di Matrikulasi  KPM dan UKM dahulu, Kegiatan ko-kurikulum ku pada waktu itu adalah menyertai Silat Cekak Ustaz Hanafi.. Kenapa aku nak memperkata tentang silat sekarang? Tanpa ku sedar sebenarnya falsafah dalam persilatan boleh diambil buat renungan di zaman masyarakat sudah mungkin terlupa jati diri mereka..Bukan sahaja ilmu silat itu boleh diguna sebagai untuk mempertahankan diri ,rupa-rupanya lebih dari itu boleh juga diimplementasi meredah sepak terajang dalam kehidupan, organisasi malahan di peringkat negara..  
Dalam silat setiap gerak itu lahir dari seninya. Dalam seni itu ada rahsianya. Dalam rahsia itu ada pula rahsianya. Hanya yang bergerak dan digerak sedar apa maksudnya gerak. Setiap gerak itu ada buahnya. Setiap buah diajar oleh guru mengikut tertibnya. Bermula dari latihan warm up sebelah tangan menumbuk lutut serentak dengan itu sebelah lagi di sapu. Perbuatan itu akan sentiasa bersaling yang memerlukan pesilat mempunya koordinasi dan kepekaan terhadap arahan yang diberikan. Disitulah juga hikmahnya dalam menuntut ilmu, anak murid perlu lebih banyak mendengar untuk memahami sesuatu perkara..perlu ada sifat tawadu’ dalam menuntut ilmu. Jangan pernah melawan guru. Kerana keberkatan ilmu akan hilang.
 Begitu juga sifatnya guru, mengajar dengan tertib mengikut tahap penguasaan pelajar,kesabaran pastinya perlu kerana murid kemampuannya berbeza-beza. Di kesempatan ini ingin aku rakamkan ucapan Selamat Hari Guru Malaysia buat semua guru-guru yang telah membentuk aku menjadi insan yang berguna. Benar..Guru adalah Murabbi, Guru adalah Muallim, Guru adalah Muaddib dan Guru juga adalah Mursyid. Pendek kata guru terbaik adalah guru yang Multi Tasking dalam aspek rohani, jasmani dan intelektual dalam membentuk pelajar... Rasulullah telah mengajar kita di ,manakah dia Taman-taman syurga. Pertama pastinya Raudhah di Masjid Nabi. Tempat yang aku impikan untuk kembali, dan kedua  Majlis ilmu yang di dalamnya terdiri daripada seorang guru, anak murid dan beribu-ribu malaikat memayungi majlis tersebut.
Dalam silat cekak ada empat peringkat pembelajaran. Pertama buah asas dimana anak murid di ajar kaedah menangkis serangan di hadapan. Kedua buah jatuh sebagai lanjutan dari buah asas iaitu menangkis dan menjatuhkan lawan. Ketiganya buah potong mengalahkan lawan sekiranya lawan cuba menggunakan buah asas dan dan jatuh ke atas kita. Keempat buah serang, Serangan kepada pihak lawan, jika dielak pasti kena, jika ditepis kita akan menangkap dan menjatuhkan lawan... dan terakhir buah umum mempelajari keseluruhan teknik pertahanan dan serangan secara praktikal.
Apakah Ibrah dan Hikmah tersirat? hidup pasti ada dugaannya dan cabarannya, dalam silat kita di ajar face it! Not Facebook it.Tangkislah cabaran itu dengan Wisdom. Kebijaksanaan..BerIlmu sahaja tidak menunjukkan bijaksana tetapi Wisdom itu adalah kombinasi ilmu dan taqwa yang menjadikan Allah sebagai Rabbi dan penunjuk jalan. Buah potong mengajar kita, setiap masalah ada penyelesaiannya. Yang penting sentiasa mendahului lawan dalam penguasaan gerakan dengan mampu meramal dan menjangka setiap langkah lawan. Seterusnya buah serang...kenapa silat tidak terus mengajar buah serang,,hikmahnya kita menuntut ilmu bukan untuk menyerang. Wahyu pertama Surah Al-Ala’. Rasulullah disuruh Iqra, bacalah. Bacalah dengan nama tuhan yang menciptakan yakni Allah. Kita dicipta untuk apa? Pastinya hanya untuk menyembah Allah. ‘Tidak jadikan Jin dan Manusia melainkakan hanya untuk menyembah kepadaku (Allah)’ Kita dijadikan hanya untuk menghambakan diri pada Allah. Kita sekarang berada di Pasca Pilihanraya, siapa menang dan kalah sudah pun diketahui umum. Yang menang sudah dibentuk kabinetnya,Tahniah aku ucapkan. Ingat Janji pada rakyat..setiap keputusan banyak yang meneliti.Yang kalah tak semestinya kalah selamanya. Betul tak? Yang kalah juga ada yang menang di peringkat negeri. Mulalah bekerja sambil menginsafi adakah sahabat-sahabat nabi berebut menjadi khalifah setelah kewafatan nabi? InsyaAllah jumpa di PRU 14 nanti..Tak perlu wujudkan ketegangan,hikmah itu lebih utama. Ingat! Rasulullah berpesan..."Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya". Tak semestinya yang kelihatan buruk di mata kasar itu adalah buruk di mata hati. Apa sekalipun berfikir secara mendalam dengan kombinasi fakta, logical dan istikharah asas keputusan yang diredhai Allah. InsyaAllah, keyakinan Islam itu tinggi dan tiada yang tinggi dari Islam telah di ajar sejak aku belajar di Kolej Islam Klang takkan pernah aku lupakan. Tapi, aku mesti ingat, tinggikan Islam di dalam hati dahulu! Sesungguhnya Jihad yang terbesar kata nabi adalah jihad melawan hawa nafsu. Kemudian ayuh kita menjadi Islam Itu Biah..
Berbalik pada silat,,, buah umum pula kombinasi serang dan bertahan. Asimilasilah segala ilmu yang ada untuk menjadi pejuang terhebat. Kalau falsafah bola sepak Sir Alex Ferguson ‘The Best Defence is Offence’ Pertahanan yang terbaik adalah menyerang. Itu dalam bola..nama pun bola tu bulat.Faham-faham jer lah.. Satu perkara lagi seni dalam silat ialah biarlah orang menyerang kita dengan tenaga mereka,,patahkan serangan itu dengan tenaga yang mereka gunakan. Maksudnya apa itu. Kekerasan bukan lawan kekerasan. (Dulu aku juga tak berapa faham dengan quot ini).. Kita buka kembali lembaran sirah...Ketika Rasulullah SAW berdakwah dengan anak angkatnya Zaid bin Harisah di Thaif, baginda telah dibaling dengan batu oleh kanak-kanak dan pemuda-pemuda nakal yang disuruh berbuat begitu oleh penduduk kota tersebut. Akibatnya, lutut Rasululah SAW telah berdarah. Melihat penganiayaan itu, malaikat sangat marah sehingga menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif dengan bukit-bukit sekitar bandar itu. Tetapi Rasulullah SAW menolaknya dan berkata, “Jangan, mereka tidak tahu saya ini rasul-Nya.” Malaikat menjawab: “Tuan benar.” Selepas itu baginda terus berdoa untuk penduduk Thaif: “Ya ALLAH berilah petunjuk bagi kaumku, mereka tidak mengetahui.”.
Sebagai kesimpulan, Ummat Islam itu adalah bersaudara..Lebih-lebih lagi kita rumpun Melayu sememangnya sudah tekenal dengan warisan sifat santun dan pekerti (dalam silat pun boleh nampak kelembutan seninya). Kita pernah jadi bangsa yang hebat sehingga Bahasa Melayu dijadikan Lingua Franca tatkala Islam dijunjung pemerintah Melaka. Tetapi kini keadaan sudah berbeza. Mungkin kita perlu semak kembali khutbah wida’? Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW Untuk Semua Umat Islam di Padang Arafah pada tahun ke 10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wada’....

No comments:

Post a Comment