Tuesday 14 May 2013

Kasih Ibu Membawa ke Syurga..

Post pertama dalam blog ini kutulis sebagai muhasabah buat diri ini dan semua pembaca. Sesungguhnya kasih ibu yang dikurnia Allah adalah permulaan kehidupan kita di dunia ini..
Kisah dan Ibrah Jiran Nabi Musa a.s di Syurga
Nabi Musa a.s adalah satu-satunya nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T. Bukit Tursina... di situlah lokasi nabi sering bertanya dan Allah akan menjawab persoalan nabi Allah itu. Inilah kelebihan yang diberi pada Allah pada Nabi Musa berbanding nabi lain di mana kita tahu setiap nabi dikurniakan Allah kelebihannya yang tersendiri.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, ‘Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran denganku?’
Allah menjawab dengan mengatakan nama hamba Allah itu, kampung serta tempat tinggal nya. Setelah mendapat jawaban, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan ke tempat yang diberitahu. Beberapa hari bermusafir, Nabi Musa sampai ke tempat yang dihajatinya.
Dengan pertolongan penduduk setempat, baginda menemui rumah hamba Allah tersebut. Setelah memberi salam baginda dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah tersebut tidak melayan Nabi Musa bahkan terus menuju ke bilik melakukan sesuatu pekerjaan. Tidak lama kemudian, dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar dan didukungnya dengan begitu cermat. Nabi Musa terkejut dan hairan melihat perilaku tuan rumah tersebut. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Kemudian babi itu dilap sehingga kering serta dipeluk dan dicium dengan kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan seekor babi jantan yang lebih besar. Babi iitu juga dibersihkan, dimandikan, dilap, dikeringkan dan dipeluk cium dengan kasih dan sayang. Babi itu juga kemudian dihantar semula ke bilik.
Setelah selesai kerja tersebut barulah dia melayan Nabi Musa.
“Wahai saudara, apa agama kamu?”soal Nabi Musa kepada pemuda tersebut.
“Agamaku agama tauhid”jawab pemuda tersebut yang mengesakan Allah.
“Jadi, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.”. Kata Nabi Musa.
“Wahai tuhan hamba, sebenarnya kedua-dua babi itu adalah ibu dan ayah kandungku,Allah telah menukar rupa mereka menjadi babi yang hodoh akibat daripada dosa yang telah mereka lakukan. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal mereka dengan Allah kelak,namun aku sebagai anaknya tetap akan melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Saban hari aku berbakti kepada mereka seperti mana tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, itu bukan penyebab aku perlu meninggalkan tanggungjawabku ini.. Setiap hari aku berdoa pada Allah agar dosa mereka diampunkan. Setiap hari juga aku berdoa agar Allah mengembalikan wajah mereka tetapi masih belum dimakbulkan.” Kata pemuda itu.
Maka pada ketika itulah, Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s “ Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran denganmu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua-dua ibu bapanya. Kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh disisi kami. Oleh kerana dia telah berada di maqam hambaku yang soleh maka kami angkat doanya”. Tempat kedua ibu bapanya yang telah disediakan di neraka telah kami pindahkan ke syurga..

1 comment: